Saturday, June 9, 2012

teruskan senyumanmu

Okayy~ just now aku terbaca satu post di FACEBOOK (kat wall someone) Ignore post tuh . Aku nak citer pasal comment post tuh . And actually aku nak citer lebih mendalam lagi pasal sikap ..

Dear readers , *bajet ramai sangat je readers blog aku*

1. Diam-diam sudah laaa ...
--> Tak semua perkara kita kena bagitau orang lain , okay . Fine lah kalo rase nak meluahkan tapi BUKAN DI PUBLIC ! Semua orang ade rasa tak puas hati . Boleh nak menyatakan perasaan tuh tapi jangan mention sebarang nama dalam sebarang statement yang dah tercatat tuh . Paham ?

2. Maruah ...
--> Semua orang mempunyai maruahnya sendiri . So , pandai-pandai lah jaga, kan ? Orang di sekeliling kita masing-masing mempunyai mata dan akal yang boleh berfikir seterusnya mempersoalkan keadaan di sekeliling . Termasuk apa yang dapat dilihat pada diri kita ! Jaga lah diri masing-masing . Takkan nak suruh orang pulak ?

3. Cara berfikir ...
--> Jangan ingat semua orang boleh terima cara kita berfikir . Memang lah ada falsafah yang mengatakan , "JUST BE YOURSELF" . Tapi kalo diri kita neh memang salah , tak guna berfikir yang cuma kita sorang je yang betul . Bukan nak memaksa untuk jadi orang lain . Tapi jadilah diri sendiri dalam versi yang lebih baik .

gambar hiasan je neh ..
That's all untuk kali neh . Maaf kepada yang terasa . Aku terima lah ape yang diorang kata tuh . Tape~aku try untuk pertahankan senyuman neh walaupun agak perit . Aku memang orang yang rajin  bertegur sape , tapi aku tak berapa suka mengemukakan kesalahan orang lain secara direct . Terima kasih .

Friday, June 8, 2012

4 hidayah masterchef challenge


girl's mastermind . (ANATI)


HARI GURU ^.^

boy's mastermind . (FAKHRULLAH)
Ehem ! Sempena dengan sambutan Hari Guru kat skola tuh , kelas aku , 4 HIDAYAH dah buat satu pertandingan yang superb punya best because .... haha ! Asalnya planning tuh terjadi bila the boys and the girls of Hidayah maen cabar-cabar . Entah lah .. aku pun tak masuk sangat dalam kejadian challenge-menchallenge time malam tuh . Tetiba aje dapat tahu yang lusa paginya kena bangun before subuh untuk menjayakan ekspedisi *hotak hang ekspedisi* I mean , untuk menjayakan rancangan yang dibuat secara MENGADA-NGADA tuh .

Bermula jam 4.30 pagi , *lebih kurang laa* warga wanita Hidayah dah terpacak kat DM . Then , kitorang pun membuka lah segala apa bagai bahan yang dah dibeli oleh Aisyah Jamil a.k.a Pen. Ketua Kelas 4 Hidayah .

manusia yang kaco aku tido before subuh .




BAHAN-BAHANNYA :
1. Roti (Gardenia bagi yang kayaraya)
2. Sardin (Mackerel bagi yang nak berjimat)
3. Serbuk roti (tak yah pun tape)
4. Sosej (tak kesah jenama ape)
5. Tepung dan air (jadikan gam)
6. Lemon (sepatutnya ada tapi kitorang tak letak pun)

Lalu bermula lah perjalanan membuat SARDINE ROLLS tersebut . Aku malas lah nak bagitau step one-by-one . Aku bukan tau sangat pun . Keje aku ari tuh snap gambar sana-sini je . Elok dah separuh jalan kitorang .. Ehem ! Diorang bekerja , the boys datang untuk buat diorang punya pulak . Lalu terjadi lah cabaran tuh ala-ala program HELL KITCHEN .

wajah penuh kekhusyukan .
Rasanya time kat dalam DM tuh , Anati yang paling menyebokkan dirinya and Chetak dengan Hanim yang paling banyak membebel .*sebenarnya all those tiga kepala tuh sama je* Aku pun curik-curik lah snap-menyenap gambar time diorang buat keje .
bekerja dengan penuh kesungguhan .
 

Punya lah kelam-kabut segala bagai kitorang pagi tuh dek sebab tak sempat nak tukar baju . Finally , kitorang bawak baju kurung pegi DM then tukar baju kat tempat apa entah kat belakang tuh . And we succeed .

Ini lah hasilnya lepas QIYAMULLAIL untuk memasak ..

# HIDAYAH SARDINE ROLLS #
Some of the teachers yang mengadili cabaran neh ade complain jugak but at last they brought almost separuh pegi lari naek bilik guru . Whatever lah cikgu~

By the way , it was a nice job , friends . 
Good times together with many sweet silly  memories may bring us towards a better achievement and everything . That's the most important thing . 
And congratz all !

Sunday, June 3, 2012

Baju Koperat

yang neh Najib Jimin punya kerja !

Okayy~ I do love it ! Yeaaaahh !

Berubah ? Homaigod~

Berubah ? Hurm~kan selalu bila ada orang bagi nasihat kat kita, major of them
akan kata , "Try lah berubah" or "Do make some changes" or maybe "Ada masa lagi untuk kau jadi the new version" . Then berikut adalah sesi temubual yang telah dilakukan bagi mendapatkan pandangan beberapa orang tokoh *haktuihh !* berkenaan isu ini .

Permaisuri Seri Paduka Baginda Aini Omar
Perkara ini bergantung kepada cara penerimaan seseorang individu itu sendiri . Berubahlah seandainya perkara yang ditegur itu dapat membawa ke arah sesuatu yang lebih baik .

Dato' Seri Paduka Ir. Azmiera Zaileen
Pentakrifan gaya pemikiran masyarakat dalam tamadun ini semakin bersifat konstruktif dan bermotivasi . Seharusnya , perkara sebegini tidak lagi menjadi masalah yang perlu difikirkan berulang-ulang kali .

Toh Puan Dr. Syahidah Chetak

Perubahan merupakan suatu titik tolak bagi manusia untuk memastikan tahap peradaban seseorang itu mencapai tonggaknya atau sekadar setinggi tunggul sahaja .

Dato' Seri Amar Diraja Fariza Alwani

Seseorang yang enggan berubah adalah seseorang yang telah melepaskan peluang terbaik untuk menambah baik dirinya bagi sepanjang hayat .

Okayy~ that's all daripada saya ! Melaporkan dari Blogger , TV GOOGLE .

*Ehem ! Jap . Gambar diorang neh aku saja je market . Ayat kat atas neh sume ayat aku sendiri . Renung-renungkan , dan selamat berubah !

Saturday, June 2, 2012

Harued Heart

and mine came from the left one .
Dengan hati yang sedang haru-biru , at first aku decide untuk citer everything kat sini . Suka hati lah ! Blog aku en ? *sambil nanges dengar sad violin kat youtube* Hurm~by the way actually aku dah buntu fikirkan macam-macam benda . Homaigod ! Amenda yang aku fikir neh ?

And I'm currently membanjirkan bilik sendiri dengan air mata yang turun mencurah-curah tanpa kenal lampu merah . Ya Allah ! Tuh lah . Dah susah baru nak ingat Allah .*repeat lagu kat youtube*

Dah menangis tersedu-sedu macam tertelan cicak tokek baru sebok carik Allah . Selama neh mana ditaruknya nama Allah tuh ? Suka-suka hati je nak hide , pastuh refresh balek . Ingat Allah tuh ape ?

Okayy lah . Aku nak citer semua kat sini sebenarnya tadi . But then bila fikir-fikir balek ...

Inchekk BLOG, kau terlalu OPEN lah . SORRY~



Friday, June 1, 2012

Mockery Derisions

Mockery derisions yang aku maksudkan di sini bermaksud 'perlian' atau 'ajukan' dengan gaya yang cukup annoying . And di sini aku nak share some of the sentences yang aku selalu dapat daripada kawan-kawan or sedara-mara aku bila aku ...

1. Tido dengan spect .
They said : Takut tak nampak dalam mimpi ke ?

2. Tido dengan phone kat tepi .
They said : Takut tade public phone eh dalam mimpi ?

3. Tido dengan laptop terbukak .
They said : Mana satu yang hibernate neh ?

4. Tido dengan kaki bersilang .
They said : Sempat kawen dengan orang kaya eh dalam mimpi ?

5. Tido sampai jatuh katil .
They said : Kenapa tak guling kat tangga je terus ?

Iye . Tuh lah hakikat dunia masa kini .

Semudah 1, 2 ... 3 !

"Senyumlah ! Macam monkey lah monyok camtu" *credits to Miss Salwa Imani.

Zaman kecik-kecik dulu bolehlah guna ayat cam neh nak pujuk orang . Zaman dah besar gabak cam sekarang pun nak guna lgi ke ? Buat lah kalo rasa cam nak mintak penampar 'monkey' yang tengah monyok tuh .

Fenomena orang payah nak senyum neh actually they can be assumed as disasters . Yes ! Disasters . Betul lah disasters, kan ? Without smileys, orang lain pun boleh suffer . Orang lain boleh distress without smileys . Orang lain boleh rasa serba salah without smileys . And ada jugak orang yang silent mode forever without smileys .

senyum je lah cam neh!
cam neh pun boleh ..
yang neh lebar sket !
yang neh terlebih bahagia pulak ..
Senyum aje lah . Tak susah pun kan ? 1, 2 ... 3 ! Dah senyum .

Heishh ! Disuruh sedekah sikit pun susah . Cuba bayangkan time hari korang akad nikah nanti, korang langsung tak senyum . Tok kadi tuh sendiri pun tak kuasa nak nikahkan korang tau ! Huh ...

Ambles dan Punctured

Ambles ? Ngeh . Tak payah search kat BESTA . Word neh dari bahasa Jawa, not English . By the way, maksud AMBLES di sini ialah 'terbenam' . Paham ? Terbenam lah !

Begini ceritanya...

neh gambar hiasan je ..
Pada suatu hari yang indah lagi permai serta dihujani embun pagi juga kutu embun yang dah mula merayap sejak subuh lagi, ayah aku 'maen reverse-reverse kereta' kat bridge depan rumah nenek aku . Tetiba ... jadi macam nehh !

Yeah~ jadi bermula lah misi menyelamatkan kereta Nissan Grand Livina yang berusia lebih kurang 5 tahun tuh . Ceh ! Budak kecik . 5 tahun . HAHA XD Lalu ayah aku meng'call' para skuad penyelamat yang berdekatan .



Tak lama lepas tuh, datang lah para wira penyelamat . Actually, tuh semua atuk-atuk sedara aku and orang-orang kampung yang kebetulan lalu-lalang . Diorang pun bermundar-mandir mencari ikhtiar untuk selamatkan anakanda Grand Livina .

Lepas stuck agak lama kat 'HOLE ON THE BRIDGE' tuh, finally anakanda Nissan Grand Livina tuh berjaya diselamatkan dengan bantuan sebuah tractor yang jauh lebih tough daripadanya . Yes ! Habis lah ayah dapat menantu TRACTOR . XD Okayy~merepek .

Kat sini ada several tips untuk mengelakkan tayar kereta anda atau ayah anda atau abang anda dan yang seangkatan dengannya daripada terbenam masuk ke dalam tanah @ punctured :

1. Letak weight limit kat kereta tuh .
Neh untuk mengelakkan daripada owner kereta tuh daripada melecehkan diri untuk pam balik those tyres or lebih teruk lagi kena ganti baru sebab meletup . Kalau dah terbenam dalam tanah lagi payah !

2. Jangan makan apa-apa kalau dah tahu lepas tuh nak naek kereta .
Dengan cara neh, kereta anda akan rasa lebih senang hati untuk membawa anda tanpa sebarang rungutan sepertimana anda merungut bila cikgu bagi homework yang menggunung-gunung tingginya.

3. Naek public transport .
Kalau punctured pun, skop untuk saling menuduh tuh lebih besar . Cepat-cepat lah hilangkan diri sementara orang tengah saling menyalahi .

4. Jalan kaki je .
Settle problem ! Kat badan korang ada kaki ke tayar ?

*prihatin gak aku rupanya . XD

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...